dapurku



Resepi Nasi Ayam Sedap


Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!Nasi Ayam Sedap

Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 Minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Membuat:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


kek coklat moist yang sedap lagi menarik 

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.





PAVLOVA <3 . PAVLOVA <3.  PAVLOVA  <3



FRIDAY, JANUARY 11, 2013


RESEPI PAVLOVA ENAK

Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.


Kalau dulu, orang ramai sibuk mencari resipi Crepe. Sekarang terlihat pula fenomena membuat pavlova. Pavlova?

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu pavalova. Mari saya tunjukkan gambarnya.




Haa! Ni lah Pavlova. Desert yang di cari-cari orang sekarang. Fully hiasan dengan buah-buahan seperti strawberry, anggur, kiwi, nanas, berry. Bestnya! Tengok saje tak kenyang tau! Dah jom tengok cara nak buat pulak ye.



Bahan-bahan Buat Pavlova

Bahan-bahan asas :
  1. 4 biji putih telur ayam
  2. 3/4 cawan gula castor
  3. 1 sudu besar tepung jagung
  4. 1/2 sudu teh cuka makan
  5. 1/2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan topping :
  1. Secawan @ 250 ml whipping cream
  2. hiasan : ikut suka anda ( strawberry/anggur/dll )

Cara-Cara Membuat Pavlova 

  1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius. guna api bawah
  2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius. saya guna suhu 110 darjah celsius
  3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
  4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
  5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
  6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"
  7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
  8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
  9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya
  10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
  11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
  12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
  13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..
  14. toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda

No comments:

Post a Comment