GKB 1053

REFLEKSI
NIK NURUL AFIFAH BINTI NIK HUSSAIN
           
Tahun 2013 merupakan tahun pertama saya bergelar sebagai seorang siswi pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,  Melaka.  Oleh itu, secara rasminya saya mesti melaksanakan semua tugasan  yang diberikan oleh para pensyarah dengan sebaik mungkin. Membuat kerja kursus merupakan salah satu tugasan yang diberikan. Saya telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Kemahiran Belajar (GKB 1053).  Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkan satu kerja kursus tentang mata pelajaran ini secara individu.  Ini merupakan pengalaman pertama saya membuat kerja kursus bagi subjek Kemahiran Belajar.  Pada hari penerangan tentang tugasan ini, pelbagai perasaan yang hadir dalam diri ini.  Antaranya ialah perasaan teruja.  Saya berasa teruja dan berkobar-kobar ingin menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.  Di samping itu, terselit juga perasaan bimbang untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik  kerana saya berasa kurang yakin boleh membuat tugasan ini tetapi saya berusaha untuk membuang perasaan bimbang  yang menyelubungi diri saya ini.
           
Terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini.  Saya sebagai seorang bakal  pendidik anak bangsa akan berusaha mencari jalan sebaik mungkin untuk menyelesaikan kekangan tersebut.  Tugasan ini merupakan tugasan pertama saya.  Tugasan di Institut Pendidikan Guru ini sangat berbeza berbanding dengan alam persekolahan dahulu.  Hal ini telah menjadi salah satu masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan ini.  Saya mengambil jalan dengan meminta bimbingan daripada pensyarah untuk menyelesaikan masalah ini.  Selain itu, saya juga meminta pertolongan daripada pelajar-pelajar lama yang telah berpengalaman membuat kerja kursus sebelum ini.  Masalah yang seterusnya dihadapi semasa menyelesaikan tugasan ini ialah saya tidak pernah belajar mata pelajaran ini dengan mendalam semasa di sekolah menengah dulu. Tidak dinafikan kebanyakan masyarakat  pada era globalisasi ini sudah mengetahui tentang kemahiran teknologi maklumat sekarang. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menyiapkan tugasan ini kerana saya tidak terlalu mahir dalam bidang teknologi maklumat masa kini. Saya mengatasi masalah ini dengan mencari semua maklumat yang diperlukan dengan pelbagai cara seperti mencari nota-nota di internet, majalah, jurnal, akhbar-akhbar serta  merujuk kepada buku-buku ilmiah yang lain di perpustakaan.  Selain itu, tunjuk ajar dari rakan-rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini. Ilmu, dorongan serta semangat yang diberikan oleh pensyarah juga banyak membantu saya.
           
 Seterusnya ialah saya juga menghadapi masalah dalam pengurusan masa. Faktor pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan sebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru. Tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain juga menyukarkan saya untuk membahagi masa dengan baik untuk subjek-subjek tersebut. Saya berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan masa saya setiap hari dengan sebaik yang mungkin dan menggunakan masa yang ada dengan baik. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘masa itu ibarat emas’. Sudah terang lagi bersuluh,  pepatah tersebut membawa maksud masa itu sangat berharga.
           
Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu mahir dan dipelajari ialah menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Saya sedar bahawa maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan hujung jari sahaja, bermaksud dicapai melalui akses internet. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mahir dalam menggunakan komputer untuk melaksanakan tugasan untuk menyediakan satu blog. Ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan satu blog. Sebelum ini, saya hanya membaca blog orang lain tapi tugasan ini telah memberi peluang untuk menghasilkan blog saya sendiri. Disebabkan ini merupakan blog pertama saya, saya berasa agak sukar untuk menyiapkannya. Saya menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kelebihan internet untuk mencari cara untuk menghasilkan blog. Seterusnya, ilmu yang dicurahkan  dari pensyarah banyak menolong saya untuk menghasilkan blog. Selain itu, saya juga bertanya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang lebih arif tentang masalah ini.
           
Untuk menghasilkan satu kerja kursus yang baik, kita mestilah mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti internet, buku, akhbar, ensiklopedia dan lain-lain. Saya juga mempunyai masalah dalam mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini dari pelbagai sumber yang sahih. Saya juga menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Saya mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat daripada internet dan mencari maklumat di perpustakaan. Maklumat yang berkaitan subjek ini banyak diperoleh daripada buku, majalah dan lain-lain lagi.


            Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang bidang ini.  Sebelum ini secara jujurnya saya tidak tahu keseluruhan aspek dalam mata pelajaran Kemahiran Belajar. Saya berpuas hati dan gembira dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga dapat memperbaiki segala kesalahan yang saya ada dan menambah ilmu pengetahuan.  Konklusinya, dapatlah saya simpulkan bahawa tugasan ini memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat untuk diaplikasikan dam proses pengajaran dan pembelajaran. 



PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN BELAJAR
















kemahiran belajar

bukan senang untuk belajar. kemahiran yang betul diperlukan untuk belajar secara berkesan
 KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:
2.1      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
2.2      Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
2.3      Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
2.4      Memupuk didplin kendiri pelajara.
2.5      Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
2.6      Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
2.7      Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
2.8      Meningkatkan daya ingatan pelajar.
2.9      Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
2.10   Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
2.11   Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
2.12   Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan  sebaiknya.

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN
3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS
SKIMMING:  membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.
SCANNING:  Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.
3.2 KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS
SQ4R:  Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan.  Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961).  Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar.  Langkah-langkah penggunaan SQ4R:
SQR
R
R
R
 SURVEYQUESTIONREAD
REFLECT
RECITE
REVIEW
Skim bahan bacaan.  Gunakan tajuk sebagai panduanBina soalan mengenai bahan bacaan.Baca.  Gunakan soalan sebagai panduan.
Fikirkan apa yang dibaca.  Hubungkan idea dengan apa yang telah diketahui.
Jawab soalan.  Hubungkan maklumat dengan sesuatu tajuk.
Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang sukar.
Survey (Tinjauan):  Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan.  Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.
Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca.  Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana.
Read (Baca):  Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif.  Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina.  Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.
Reflect (Refleksi):  Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada).
Recite (Mengimbas kembali):  Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.
Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda.  Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk.  Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.
KWLH:  Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:
K  (know)       – Apa yang telah diketahui
W (want)        – Apa yang ingin diketahui
L  (learned)   – Apa yang didapati selepas membaca
H (how)          – Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk, boleh diperolehi.
Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i)  peluang   membaca secara kritis(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak   diketahui (iv) mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-    perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.
Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat  jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.




No comments:

Post a Comment